U R MY HEART & SOUL
Monday, August 11, 2008
3:15 PM

I know that I just blog this morning. But this is something which I want to share with all. I got this from Al-Muttaqin webbie and here it is.

The title is called " Gadis yang Derhaka".

Read On:

Di ambil dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM'

Menurut majalah tersebut, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.

Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebutsangat menjolok mata. Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun.

Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya."Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...." nasihat orang tua itu.Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu denganjawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kuncisyurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurgaatau neraka?"

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawamengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnyakepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. "Ambil hanphone ku inidan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis.

Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian.Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapatitertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis.Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalamkeadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramaisegera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatuyang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitamseolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayatAkhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagimenyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut.

Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah?

Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw denganmempersendakan atau ejekan.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari iniatau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yangsangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan menentukanbila kita akan kembali ke alam barzakh.

Nauzubillah!





Writer

Siti Zulaiha
TwentyEight.
Married to Asrul

Seety_05@hotmail.com
www.rulaiha.multiply.com
Add Me at FaceBook


Heart & Soul

talk.




Links

FarHana
HaziQah
HamiZah
RamZah
AziLah
Taudin
Aidah
Elaine Key
Cupcake Bakeshop
Bake It Yourself Shop



my past

April 2005
May 2005
June 2005
September 2005
October 2005
November 2005
February 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
October 2009
August 2010
September 2010

credits.

Designer: Increasingly
Inspiration: doughnutcrazy